Friday 20 April 2012

Lawatan Penanda Aras Prasekolah Di SK Ampangan Negeri Sembilan

Pada 19 April 2012 ( Khamis), seramai 40 orang guru prasekolah Daerah Kinta Utara telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan Negeri Sembilan. Pegawai yang mengiringi guru-guru prasekolah ialah terdiri daripada Puan Azila Bt Lazim ( Penolong PPD Permata & Prasekolah Daerah Kinta Utara ) dan Puan Fauziah Binti Shafie dari Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Terima kasih kepada semua Staf Staf Akademik dan Staf Sokongan SK Ampangan yang menerima kehadiran kami dan kami amat menghargainya. Juga kepada guru prasekolah SK Ampangan iaitu Puan Rashidah Bt M.Abd Rahman yang banyak memberikan pendapat yang bernas serta tips – tip pengajaran dan pembelajaran beliau. Semoga lawatan ini akan memberikan ilmu yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru-guru prasekolah Daerah Kinta Utara.