Sunday 27 May 2012


SEMINAR PENGURUSAN PRASEKOLAH BERKUALITI
PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

Pada 26 Mei 2012, satu seminar tentang pengurusan prasekolah berkualiti telah dilaksanakan dengan jayanya dan cemerlangnya bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak. Dianggarkan seramai 400 orang guru prasekolah setiap Daerah di Negeri Perak telah menyertai seminar tersebut. Antara program yang telah dijalankan ialah seperti :
a)    Pameran Bahan Dan Alat Bantu Mengajar Yang Terbaik
b)    Hasil Kerja Murid Prasekolah Yang Terbaik
c)    Pertandingan Hiasan Setiap Daerah
d)    Pembentangan Slot- Slot Mengenai Prasekolah
e)    Pembentangan Kajian Tindakan Daripada Guru-Guru Prasekolah.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Idris Bin Haji Ramli iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Berbagai input –input yang berguna diperolehi hasil daripada pembentangan setiap slot-slot pada hari tersebut. Penceramah yang dijemput khas ialah Dr Hasnah Toran ( Pensyarah Kanan UKM) dan Dr Zanaton Bt Hj Iksan ( Penyelaras Program Sains di UKM. Kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam bidang Pendidikan dan segala maklumat yang disampaikan amat berguna kepada semua guru prasekolah yang hadir pada hari tersebut. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Abd Majid Bin Yusof ( Ketua Sektor Pengurusan Sekolah). 

No comments:

Post a Comment