Monday 21 November 2011

Kisah Hati Guru........

Pada hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula, aku sempat berpesan kepada semua anak muridku yang semuanya masih kelihatan seperti tidak mengerti bahawa mereka akan melonjak ke Tahun 1 tahun hadapan. Perasaan seronok mereka masih membayangi jiwa mereka, dan mereka tidak sedar akan cabaran apabila memasuki tahun 1 kelak. Apabila aku berkata selamat bercuti, semuanya melonjak gembira, tetapi apabila aku berkata..." Tahun depan cikgu tak ajar kamu dah dan kamu akan masuk ke kelas baru"....dan pada masa itu serta merta air muka mereka berubah menjadi sedih dan tiada lagi keseronokan di wajah masing-masing...Terdetik hati aku, adakah aku tersalah cakap...Dan aku telah memberikan kata-kata perangsang, bahawa cuti sekolah, adalah cuti untuk kamu semua setelah menghabiskan tenaga belajar berdikari seperti bangun pagi-pagi dikejutkan oleh mak ayah, mandi waktu pagi, pakai baju sekolah, pakai kasut sekolah, dan tiba di sekolah belajar menyanyi, menulis, melukis dan sebagainya...Tetapi aku juga berkata, jangan lupa belajar melalui hadiah buku yang telah cikgu berikan....
  Namun, semuanya senyap membisu sahaja seperti aku bercakap dengan kerusi meja...Sehinggalah aku tersedar ada anak muridku yang tiba-tiba sahaja menangis kerana tidak mahu masuk ke kelas baru. Apabila aku bertanya, kenapa tak nak masuk...? Katanya...dekat kelas ni cikgu best, banyak ajar menyanyi, menari, bermain...Tak pernah marah, sentiasa tersenyum jer...( dalam hati ini pun aku berfikir, sepanjang aku mengajar di kelas, belum pernah aku menjerit-jerit memarahi mereka,sentiasa membuat lawak jenaka kepada mereka, dan apabila mereka membuat kerja yang aku berikan di dalam kelas, tiba-tiba sahaja, mengaum suara guru tahun 1yang hanya dihadapan kelas aku sahaja menjerit-jerit memarahi murid tahun 1 kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, semua anak muridku terkedu mendengar jeritan itu, malah ada yang kata, cikgu tu garang giler, takutnyer...)namun, aku tidak pernah mematahkan semangat mereka untu menghadapi apabila masuk ke tahun 1, aku pun berkata lah, kalau kamu tak nak dimarahi oleh cikgu tu, kamu kena rajin buat kerja sekolah, selalu datang sekolah, dan kena rajin membaca buku di rumah..Dan mereka pun tersenyum semula...Dan sorang murid lain pun berkata..Kalau cikgu marah, lari lah datang kelas cikgu...hiba rasanya...
  Aku berasa gembira kerana murid yang pada mulanya tidak tahu langsung bagaimana hendak memegang pensel, kini telah berjaya menulis dengan baik dan begitu kemas sekali tulisannya...Murid yang pada mulanya tidak mahu melibatkan diri didalam kelas telah berjaya bersosial bersama rakan-rakannya..Begitu banyak dugaan yang aku lalui sepanjang bergelar guru prasekolah..namun berkat kesabaran dan semangat untuk melihat mereka berdikari di sekolah telah menjadikan jiwa aku sedikit terubat dengan keletah mereka. 

Aku mendoakan agar mereka yang pernah menjadi anak muridku menjadi orang yang berguna dan berjaya apabila besar nanti. Sedarlah, mereka ini tidak mengerti apa-apa, namun jika dididik, dipupuk dengan cara yang baik dan betul, nescaya mereka akan menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Kitalah yang mencorakkan mereka di sekolah, dan kitalah yang membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka sebenarnya....

CIKGU SAYANG KAMU SEMUA.........

No comments:

Post a Comment