Monday 12 December 2011

Aktiviti Bermain

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah
Mariani Md Nor, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,
tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanakkanak.

Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanakkanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).
Main Dalam Kurikulum
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:  main yang terancang main yang berstruktur main yang fleksibel memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif
Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah mengalakkan imaginasi memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba, menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial membina keyakinan diri berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Trend Ikutan Abad ke 21
Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah, khususnya dalam konteks di Malaysia.
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara
penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini lah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.
Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan program tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu dan bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan oleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.
Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk
melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.
Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (Maria Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak-
kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah membuktikan pendapat yang sama.
Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.
Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). “Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers”
Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna.
Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri
serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika.
Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience.
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life.
Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.
Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini
membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
Perkembangan sosial dan emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.
Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :
•Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
•Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan.
•Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.
•Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
•Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.
Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialah walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadangkadang terdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.
Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanak dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepas penat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan sebaik mungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksud kaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang memang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya untuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.
Rujukan Berk.L.E.& Winster, A. Eds (1995); Scaffolding Children’s Learning, Vygotskyand Early Washington George S. Morrison,(2001): Early Childhood Education Today 8th., new Jersey, Merill Prentice Hall. McCaslin, N (2000). Creative Drama in the classroom and Beyond. New York, Longman. “Garis Panduan KurikulumPendidikan Prasekolah Malaysia (1993)” Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Isenberg, J.P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early children (3rd ed.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall. Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I.C. (1988). I.C. Child Development. St. Paul, MN: West Publishing Company. Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn & Bacon. Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. New York, NY: HarperCollins College. Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon. National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for Appropriate Curriculum Content and Assessment in Programmes Serving Children," Young Children, March, 1991: 21-37. Swadener, E.B. & Jonson, J.E. 91989). Play in diverse social contexts:Parent and teacher roles. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds). Ecological contexts of children’s play. New Cork. Ablex Wilhelm, J., & Edminston, B. (1998). Imagining to learn: Inquiry, ethics, and integration through drama. Portsmouth, NH: Heinemann. Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and development of learning awareness and achievement in mathematics in elementary schools. Psychological Reports, 82, 587-591. Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring with clay. Olney, MD: Association for Childhood Education International. Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creativity. New York: Academic Press. Shore, R. (1997) Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary from Conference: Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research, Policy and Practice. Families and Work Institute, New York Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving of children 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), PlayÑIts role in development and evolution. New York: Basic Books



Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fei

No comments:

Post a Comment