Wednesday 28 December 2011

DRAMA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Drama prasekolah memang menarik, tetapi rumit dan mencabar. Ia melihatkan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Tumpuan kanak-kanak mudah ‘meliar’ dan sering juga diganggu suasana persekitaran mereka. Justru para guru yang mengendalikan “permainan teater” kanak-kanak pra-sekolah harus peka terhadap psikologi kanak-kanak yang berusia 4 – 6 tahun, agar dapat menanam sifat-sifat pendidikan melalui permainan, lakonan dan hiburan. Ia lebih rumit dari mengendalikan bengkel drama untuk orang dewasa. Sifat sabar, ceria, rajin dan yakin harus jadi pakaian harian seorang guru tadika.


Tujuan Tadika ialah untuk memberi kanak-kanak ruang, melibatkan diri secara aktif peluang yang disediakan untuk dimanfaatkan secara meluas oleh kanak-kanak, ibubapa mereka dan para guru dalam proses pendidikan yang berterusan (jika boleh didasarkan kepada pengenalan awal tentang agama)
Tadika adalah permulaan persekolahan secara formal. Bila seorang anak memasuki Tadika, ia akan merasakan inilah pengalaman pertama persekolahan sebenarnya dan bagi ibubapa pula, satu cabaran utama dipisahkan dengan anak mereka.Gunakan berbagai variasi pergeralan dan suara untuk lain-lain perwatakan.


 MENGGUNAKAN DRAMA SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN
Cipta teater berdasarkan tema dari berbagai tajuk.
• Penglibatan dalam gerak pantomim secara naratif
• Gunakan peranan-peranan atau watak-watak secara spontan dengan menggunakan suasana cerita yang berbeza.
Perkara-perkara yang tertera diatas adalah panduan yang boleh digunakan oleh para guru tadika dalam menyesuaikan kanak-kanak dan bermain dengan teater (drama). Berikut adalah latihan-latihan mudah yang boleh diajak “bermain” dengan kanak-kanak disamping menghiburkan mereka.
Para guru tadika dan para pentadbir sekolah-sekolah tadika perlu merancang pembinaan satu hubungan kepercayaan dan persafahaman antara rumah dan sekolah. BIla ini sudah terjalin, hubungan ini akan memberi berbagai ruang untuk berkerjasama dan perbuhungan diantara kedua-dua institusi utama ini, dalam kehidupan kanak-kanak.
Tentu sekali tujuan program tadika ialah membentuk sifat-sifat keperibadian melalui pendidikan yang mempunyai nilai-nilai moral, akhlak, sosial, emosi serta perwatakan lahiriah dan batiniah kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Para guru, para pentadbir dan kanak-kanak yang lebih dewasa harus menunjukkan contoh peradaban, kelakuan, akhlak yang baik kehidupan di sebuah tadika, kerana kanak-kanak cepat mencontohi orang-orang yang mereka minati.



PENGGUNAAN KAEDAH DRAMA UNTUK KANAK-KANAK TADIKA


Tentu sekali kebanyakan guru-guru tadika sudah pun jalani kursus dan arif tentang akan kaedah-kaedah mendidik di tadika. Apa yang saya nyatakan sebelum ini adalah sebagai rujukan dan bekalan sampingan, supaya ia dapat dijadikan panduan didikan terhadap drama, yang ingin disepadukan dalam usaha mendidik anak-anak di tadika.
Latihan asas drama cukup untuk memberi kanak-kanak tadika bermain disamping mengalami perubahan peribadinya dan juga meningkatkan keberanian mereka berkomunikasi.

Beberapa contoh kegiatan boleh dilakukan dalam merangsang kanak-kanak tadika belajar melalui drama yang boleh:


a. MEMBENTUK PERIBADI LUARAN DAN DALAMAN KANAK-KANAK
Membentuk body awareness dan spatial perception, dengan :
• Meniru pergerakan fisikal
• Analisa pergerakan fisikal
• Meluahkan mood dan konsep melalui gerakan
• Membentuk kesedaran deria
• Sertakan informasi deria ke bentuk penceritaan
• Bermain dan meneka dengan watak-watak ciptaan


b. MEMBENTUK KEMAHIRAN PERIBADI BERINTERAKSI DAN KESEDARAN
Menyertai dan berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti drama bersama kawan-kawan
atau kekumpulan.
• Pelajari aktiviti-aktiviti yang terkawal
• Berinteraksi dengan patong-patong
• Menyertai dan berinteraksi dengan aktiviti-aktiviti grup lain
• Improvisasi adigan-adigan dan kata bual secara kekumpulan
• Bekerjasama secara kekumpulan untuk selesaikan masaalah
• Melakukan lakonan bercermin yang mudah
• Melakonkan watak teman-teman


c. MEMBENTUK ESTETIKA SENSITIVITI DAN KEMAHIRAN BERTEATER
Membanding dan membezakan corak-corak persembahan
• Menonton dan bincangkan persembahan teater
• Mengenal pasti dan menganalisa konsep drama yang penting
• Membanding dan bezakan corak-corak persembahan
• Tonton dan bincang persembahan teater
• Terangkan aspek-aspek seni visual, muzik dan tarian yang wujud dalam teater
• Terangkan bagaimana kedudukan, keperluan, matlamat, dsb. Mempunyai persamaan atau lain dari dirinya sendiri


d. MENCIPTA TEATER MELALUI KOLABORASI ARTISTIK
Berlakon/memainkan peranan
• Bayangkan sesuatu watak dan berinteraksi dalam improvisasi
• Lakukan improvisasi berdasarkan pengalaman peribadi, imaginasi, sastera dan sejarah.
• Bayangkan sesuatu watak dan berinteraksi melalui improvisasi



LATIHAN SEBUTAN
Latihan sebutan ini menggunakan huruf-huruf saksi: A E I O U dan diselaraskan sekali dengan pernafasan.
a. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat, kemudian lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan.
b. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat, dan hembuskan nafas perlahan-lahan sambil melaongkan huruf A yang berbunyi Aaaaaaaa, seterusnya dengan menggunkan huruf E, I, O dan U dengan laongan mengikut bunyi huruf-huruf tersebut.
c. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat dan hembutkan nafas perlahan-lahan sambil sekaligus melaongkan huruf A E I O U.



IMAGINASI
LATIHAN 1
Imaginasi merupakan keperluan terpenting bagi diri seorang pemain teater. Kekuatan imaginasi membolehkan seorang pemain itu mencipta watak lahiriah dan dalamannya. Berbagai cara boleh digunakan untuk bermain dengan kanak-kanak dalam memperkayakan angan-angan atau imaginasi mereka.


PERMAINAN 1.
a. Murid-murid disuruh duduk bersila dalam bentuk bulatan. Kemudian di arahankan salah seorang dari murid itu mengangan-angankan:
1. Memegang cawan yang penuh air dengan sebelah tangan dan menyerahkan cawan itu kepada murid di sebelahnya, hingga satu pusingan bulatan. (Perhatinkan cara murid itu memegang cawan itu supaya lakonannya menunjukkan yang dia tidak tumpahkan air yang penuh itu bila dia menyerahkan kepada kawannya. Proses ini melihatkan gerak badan pelakon itu, perasaannya dan pendekatannya terhadap cawan, air penuh dan tanggungjawabnya terhadap “misi” penyerahan yang memerlukan ketelatinan kerja)
2. Mengambil cawan yang berisi air panas dan menyerahkannya kepada murid disebelahnya, hingga satu pusingan bulatan juga. (Perhatikan gelagat murid itu dalam angan-angan atau imaginasinya menangani cawan yang berisi air panas dan cara cawan itu ditangani dan diserahkan hingga ke murid di akhir bulatan. Latihan ini juga melihatkan proses lahiriah dan batiniah seseorang pelakon itu dalam menangani adigan yang diperlukan, tanpa menggunakan air panas yang sebenarnya)
3. Seterusnya murid-murid boleh di suruh beranika ragam aksi lahiriah dan batiniah dengan menggunakan lain-lain objek, seperti:
(i) Mengangkat dan menyerahkan barang berat
(ii) Menyerahkan besi panas
(iii) Menyerahkan nota untuk dibaca keliling.

IMAGINASI





PERMAINAN 2
Bahagikan murid-murid kepada dua kumpulan supaya ada rasa persaingan. Seperti “charade” setiap murid dari setiap kumpulan, bergilir-gilir akan ditunjukkan gambar haiwan untuk dilakonkan. Murid itu akan melakonkan gerak laku haiwan yang ditunjukkan kepadanya kepada kumpulannya untuk diteka.
Markah akan diberi kepada kumpulan yang dapat meneka haiwan lakonan teman-teman mereka dengan baik dan betul.


PERMAINAN 3
Sebelum mengarahkan murid-murid melakukan latihan atau permainan angan-angan ini murid-murid ditunjukkan gambar-gambar haiwan seperti:
a) Ular
b) Kuda
c) Harimau
d) Kambing
e) Burung
f) Monyet
g) Ikan
h) Seladang
i) Orang Unta
j) Gajah
k) Ketam
Kemudian arahkan murid-murid melakukan gerakan haiwan-haiwan yang disebutkan satu persatu untuk dilakukan pergerakannnya. Latihan ini memerlukan juga para murid mengeluarkan bunyian haiwan-haiwan yang mereka lakonkan.


LATIHAN 2
TIRU GAYA
Tiru gaya boleh dilakukan mengikut kaedah mengangankan gerak-geri haiwan. Bezanya, dalam latihan ini murid-murid lebih memusatkan gerak geri umum yang dilihatnya atau diketahuinya, seperti:
1. Jalan Seorang Raja / Permaisuri
2. Jalan di panas terik
3. Jalan dalam hujang lebat tanpa paying
4. Dikejar anjing
5. Lagak peminta sedekah
6. Lagak seorang yang sedang memanah
7. Lagak seorang yang sedang memancing ikan.
8. Lagak seorang yang sedang mengantuk dan tertidur
9. Sedang menyapu sampah
10. Sedang Memandu Kereta, Laju atau Perlahan
11. Jalan orang yang sombong
12. Jalan orang yang susah
13. Jalan orang senang
14. Jalan orang buta
15. Jalan orang tempang dan bertongkat
16. Memancing ikan dan sebagainya.
Latihan ini boleh dilakukan secara perseorangan, dua tiga orang, atau secara kekumpulan.
Tiru gaya meningkatkan daya pemerhatian seorang pelakon (murid). Deria pandang, bauan, rasa, pendengaran dan sentuhan. Ia meningkatkan lagi


LATIHAN 3
KATABUAL (DIALOG)
Mengajar dialog untuk murid-murid tadika bukan perkara mudah. Peringkat usia lima hingga enam tahun, jika digarap apa yang tertulis di awal kertas kerja ini, mereka lebih diajak bermain dengan kata kata dan panduan yang rapi akan lakonan.
Berdasarkan huruf-huruf saksi A E I O U mereka boleh diajar bertutur dengan betul dengan menyebut perkataan-perkataan yang jelas kedengaran huruf-huruf saksinya. Sebagai contoh, dengan menggunakan rajah dan ilustrasi gambar-gambar haiwan, manusia, bangunan, alam semula jadi mereka dapat sekaligus mengeja dan memadankan ejaan dengan objek yang ingin kita kenalkan kepada mereka.
Dan latiihan menyebut-nyebut huruf-huruf saksi ini berulang-ulang boleh membantu sebutan mereka dengan betul:
1. Mulakan seperti biasa dengan A E I O U yang dilaongkan kuat dan jelas.
a. A disebut Aaaaaaa(seperti are dalam bahasa Inggeris)
b. E disebut E (seperti air dalam bahasa Inggeris)
c. I disebut Eeeee
d. O disebut O (seperti Or dalam bahasa Inggeris)
e. U disebut Ooooo
A E I O U boleh dilaugkan semuanya sama sekali. Latihan ini boleh gunakan teknik pernafasan seperti yang di atas.
2. Dari sini kita boleh melangkah ke sebutan kata-kata tunggal yang menggunakan huruf-huruf saksi tadi.
a. M A K A N, S A Y A P, K A L A M dan seumpamanya.
b. E J E K, B E L E K, T E L E K dan sebagainya.
c. T I T I, L I D I, P I P I dan sebagainya
d. O L O K, J O L O K, P O L O K dan seumpamanya
e. U R U T, L U T U T, P U L U T dan sebagainya.
3. Kemudian boleh di ragamkan sebutan huruf-huruf saksi itu dalam kata-kata yang berbeza.
a. B A L E K, T E P I, I K U T, C A B U T dan seumpamnya.
4. Menyebut dialog mudah dengan menggunakan ragam perasaan yang berbeza-beza, seperti marah, suka, sedih, takut, geram dan sebagainya..
a. Saya mahu makan
b. Nama saya Ramli.
c. Jangan ganggu saya.


LATIHAN 4
LATIHAN MENYANYI
Lagu-lagu kanak-kanak yang lazim dan berunsur keMelayuan boleh digunakan sebagai latihan awal dan menghibur untuk kanak-kanak tadikan, seperti lagu-lagu ENJIT-ENJIT SEMUT, CAN MALI CAN, TREK TEK TEK dan sebagainya.
Kesemua lagu-lagu ini boleh menebalkan sifat mewarisi tradisi bangsa dari peringkat awal lagi dari disogokkan dengan lagu-lagu rakyat Inggeris seperti Old Mcdonald dan seumpamanya.
Selain dari itu, lagu popular semasa yang didendang oleh kumpulan-kumpulan RAIHAN, HIJAZ dan seumpamanya, yang memaparkan akhlak dan amalan budi pekerti yang mulia dan harmonis sebagai seorang Islam boleh diajarkan. Ini sememang satu pendekatan yang begitu berkesan dalam menyuntik keyakinan beragama dari peringkat tadika lagi.
Banyak juga CD-CD dan DVD mengenai gurindam kanak-kanak terhadap pengenalan awal Tuhan, para Nabi boleh dimainkan sebagai mengimbangi pendidikan awal duniawi dan ukhrawi kanak-kanak.


LATIHAN 5
LATIHAN LAKONAN TANPA DIALOG
Latihan ini merupakan latihan luahan perasaan dan imaginasi spontan kanak-kanak dengan menggunakan arahan berbentuk penceritaan yang harus dilakonkan kanak-kanak secara kekumpulan.
Sambil anda memberi arahan atau bercerita kanak-kanak akan lakonkan cerita itu ala pantomime.


CERITA 1
Anda semua sedang bermain dengan teman-teman di taman yang indah. Angin mulai bertiup dan membuat anda merasa semakin sejuk. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Guruh berdentum kuat, anda terperanjat dan jatuh pengsan.


CERITA 2
Anda sedang memasukki sebuah bilik yang cantik dan wangi baunya. Anda suka bilik itu. Tapi bilik itu lama kelamaan bertambah panas. Anda berpeluh. Anda hendak keluar dari bilik itu, tapi bilik itu terkunci dari luar. Kemudian bilik itu menjadi semakin sejuk. Anda menggigil kesejukan. Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Anda segera berlari keluar. Anda merasa lega.

No comments:

Post a Comment